Hawa pengundi paling ‘otai’, mengundi kali ke-15

Hawa pengundi paling ‘otai’, mengundi kali ke-15

HAWA Murad dibantu Mohamad Zairuddin ketika melaksanakan tanggungjawab mengundi di SK Parit Bakar, Muar, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang warga emas dari Kampung Parit Jawa, di sini mencuri tumpuan ramai apabila menjadi antara pengundi paling ‘otai’ melaksanakan tanggungjawabnya bagi kali ke-15.

Hawa Murad, 103, gembira dan terharu lantaran dirinya masih berpeluang mengundi tanpa gagal sejak PRU pertama lagi.

Dia yang tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Bakar, di sini pukul 10.30 pagi ditemani empat lagi ahli keluarganya terdiri daripada anak, menantu dan cucu.

Menurut cucunya, Mohamad Zairuddin Yassin, 42, kesungguhan dan semangat neneknya untuk mengundi memang tidak dinafikan meskipun dalam keadaan uzur.

“Walaupun dia dah berusia, tapi nenek tetap nak mengundi sebab dia tahu nilai satu undi itu sangat bermakna bagi masa depan negara. Dia tak jadikan alasan walaupun sedar keadaan diri dan tahap kesihatannya tidaklah begitu baik.

“Syukur kerana segalanya berjalan lancar dan gembira kerana kami sekeluarga, khususnya nenek dapat bersama-sama melaksanakan tanggungjawab ini,” katanya yang menetap di Johor Bahru.

Terdahulu, Hawa dibawa ke pusat mengundi saluran 1 menggunakan kerusi roda disediakan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berkongsi mengenai semangat politik yang ada dalam jiwa warga emas ini, Mohamad Zairuddin mengakui, neneknya sering berpesan agar anak serta cucunya dapat menilai dengan bijak untuk memangkah parti yang terbaik bagi negara.

“Kesungguhan itulah yang mendorong nenek untuk melaksanakan tanggungjawabnya setiap kali tiba musim PRU.

“Malah dia juga tidak kisah menjadi pengundi paling berusia di sekolah ini. Bak kata orang, neneklah merupakan pengundi paling otai,” katanya sambil tertawa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya