Hasrat 4 sahabat tonton JDT beraksi tak kesampaian

Hasrat 4 sahabat tonton JDT beraksi tak kesampaian

MUHAMMAD Haziq Kamarul Azhar, 17, mengalami kecederaan dalaman dan masih trauma ketika ditemui di kediaman arwah sahabatnya, Mohammad Khairil Rosli di Taman Intan, Kluang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Hasrat empat sahabat untuk menyaksikan pasukan kesayangan, JDT beraksi menentang Borussia Dortmund tidak kesampaian apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Kluang-Teck Wah Heng, petang kelmarin.

Lebih menyedihkan, tiga daripada mereka iaitu Mohammad Khairil Rosli, 17, Muhammad Haziq Haiqal Mohd. Faizal, 20, dan Ariffudin Khairum Ab. Ghafar, 21, maut dalam kemala­ngan pada pukul 4.29 petang itu.

Seorang lagi, Muhammad Haziq Kamarul Azhar, 17, me­ngalami kecederaan dalaman dan masih trauma.

Dalam kejadian pukul 4.29 petang kelmarin, kereta dinaiki empat sahabat tersebut hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van yang dinaiki lima sekeluarga.

Ayah kepada Mohammad Khairil, Rosli Mohd. Ali, 50, memberitahu, anaknya keluar rumah kira-kira pukul 1 petang untuk makan tengah hari sebelum bergerak ke Johor Bahru.

Anak ketiga daripada lima beradik itu tidak pernah ketinggalan pergi ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) setiap kali perlawanan bola sepak melibatkan pasukan JDT.

Kata Rosli, walaupun masih bersekolah dalam tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Intan, dia tetap mempunyai duit untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

“Ini kerana sikapnya yang tidak suka duduk diam dan mencari wang saku dengan me­lakukan beberapa kerja sambilan seperti bekerja di kedai gunting selepas tamat waktu persekolahan.

“Walau bagaimanapun, seminggu terakhir ini dia lebih gemar berada di rumah, malah meminta dipasangkan langsir dan lampu untuk memudahkannya membuat kerja menggunting rambut rakan-rakan sekolah seolah-olah tidak mahu berjauhan dengan ahli keluarga,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Intan, dekat sini semalam.

Sikap ringan tulang anaknya itu amat disenangi ahli keluarga selain rakan-rakan sekolah kerana suka membantu mereka ketika dalam kelas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya