Hampir dua jam, mesyuarat BN masih jadi tanda tanya - Utusan Malaysia

Hampir dua jam, mesyuarat BN masih jadi tanda tanya

BN diyakini tidak akan terbubar ekoran keadaan yang ‘tersepit’ dihadapi MCA dan MIC bukan perkara baharu dalam parti itu,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua jam, dua mesyuarat khas Barisan Nasional (BN) malam ini masih menjadi tanda tanya.

Ia susulan kelibat pemimpin dan Ahli Parlimen gabungan itu masih belum kelihatan, biarpun mesyuarat khas itu bermula kira-kira pukul 9 malam tadi.

Mesyuarat khas yang diadakan di Menara Dato Onn di sini bagaimanapun berkemungkinan masih belum tamat.

Terdahulu, BN mengadakan dua mesyuarat khas malam ini iaitu mesyuarat Dewan Tertinggi BN dan Ahli Parlimen BN.

Ia susulan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen BN untuk menghadap Seri Paduka di Istana Negara, esok.

Tindakan itu berkemungkinan usul penubuhan kerajaan perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) tidak mencapai kata sepakat.

Usul penubuhan kerajaan perpaduan itu dimaklumkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu bercakap kepada pemberita di luar Istana Negara.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbar petang tadi bagaimanapun memberitahu, gabungan parti itu tidak mahu bekerjasama dengan PH kerana itu menjadi prinsip gabungan terbabit sejak dulu.

Sementara itu, mesyurat Ahli Parlimen BN malam ini dipercayai melibatkan 28 Ahli Parlimen gabungan itu.

Ahli Parlimen Parit Sulong Sulong, Datuk Seri Noraini Ahmad didakwa tidak hadir kerana sakit, manakala Ahli Palimen Putatan, Datuk Shahelmy Yahya pula difahamkan belum lagi tiba. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya