Hadir dengan ambulans demi mengundi

Hadir dengan ambulans demi mengundi

MOHD. Rosli Mohamad Dani (baring) menunjukkan jarinya yang dicelup dakwat selepas mengundi yang diwakili isterinya di SK Seksyen 17, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Semangat untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak menghalang pesakit yang sedang menderita pendarahan dalam kepala, Mohamad Rosli Mohamad Dani, 57, dari Taman Sri Muda di sini, melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

Isteri Mohd.Rosli, Rosnah Mahmud berkata, suaminya tidak pernah sekali pun terlepas daripada menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi berdaftar sejak berusia 21 tahun.

“Suami saya pernah menjadi ketua tempat mengundi semasa menjadi guru di Seksyen 25. Saya bawa suami mengundi juga hari ini sebagai tanggungjawab kepada negara.

“Satu undi menentukan kemenangan kepada pemimpin. Dalam Islam sendiri, ketika Rasullullah SAW wafat, sebahagian sahabat-sahabat menguruskan jenazah dan sebahagian sahabat menyelesaikan urusan memilih pemimpin,” katanya ketika ditemui di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 hari ini.

Terdahulu Mohd.Rosli dan Rosnah dibawa ke pusat berkenaan menggunakan ambulans milik Yayasan Amal Kota Raja dari kediaman mereka.

Menceritakan sakit yang ditanggung suaminya, Rosnah memberitahu, Mohd.Rosli tiba-tiba tidak boleh bercakap selepas menunaikan solat pada 19 Julai 2019. 

Dia bagaimanapun berkomunikasi dengan isyarat tangan dan ‘memberitahu’  hasratnya untuk mengundi hari ini.

“Walaupun suami saya terbaring sejak tiga tahun lalu, namun demi memberi inspirasi kepada orang muda khususnya, dia sanggup hadir hari ini,” katanya yang menyempurnakan proses pengundian bagi pihak suaminya yang lumpuh sebelah kiri badan.

Seperti mana pengundi lain, jari telunjuk Mohd.Rosli turut dicelupkan dengan dakwat oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertugas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya