Guna hak mengundi untuk tentukan masa depan negara - Faez Zein

Guna hak mengundi untuk tentukan masa depan negara – Faez Zein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Faez Zein, 27, menyeru anak muda menggunakan peluang untuk menentukan masa depan negara dengan beramai-ramai keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.

Kata Faez, hak mengundi tidak boleh disia-siakan kerana golongan tersebut juga mempunyai suara dalam memilih pemimpin dan kerajaan yang difikirkan mereka layak mentadbir negara.

“Saya lega kerana anak muda berusia 18 tahun diberi kelayakan untuk mengundi pada PRU kali ini. Anak muda kena gunakan peluang ini untuk menentukan masa depan negara.

“Kita kena yakin dan peka dengan perkembangan politik, sekali gus menggunakan hak mengundi untuk membawa perubahan kepada hala tuju negara kita,” katanya.

Dalam pada itu, Faez memaklumkan, dia akan berangkat pulang ke Segamat, Johor hari ini untuk mengundi di sana.

Kata Faez lagi, pengundi yang bijak adalah mereka yang mengambil berat dan kenal potensi calon yang bakal memimpin.

“Semua parti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jalan paling selamat adalah dengan memilih calon yang prihatin dan banyak menyumbang kepada rakyat.

“Penting bagi pengundi untuk kaji latar belakang calon, pencapaian, sumbangan dan kredibiliti mereka sebagai pemimpin.

“Pada saya, tentu sekali saya akan pilih mereka yang berwibawa, tegas, amanah dan berusaha keras mengotakan janji kepada rakyat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya