GTA mampu menang lebih satu kerusi - Tun M - Utusan Malaysia

GTA mampu menang lebih satu kerusi – Tun M

DR. Mahathir Mohamad berucap semasa Program Kebangkitan Rakyat Kelantan Bersama Negarawan di Salor, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) mampu memenangi lebih daripada satu kerusi Parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keyakinan itu berpandukan kepada sokongan positif yang diterima GTA sepanjang tempoh berkempen ketika ini.

Menurutnya, situasi itu sekali gus mampu menolak kajian Merdeka Centre mengatakan GTA hanya mampu memenangi satu kerusi pada PRU15 nanti.

“Saya yakin kita (GTA) akan menang jauh lebih satu kerusi pada PRU15 kali ini,” katanya pada sidang akhbar pada Program Himpunan Kebangkitan Rakyat Kelantan Bersama Negarawan di Salor, di sini hari ini.

Pada PRU15 kali ini GTA meletakan 121 calon bertanding bagi merebut kerusi Parlimen.

GTA merupakan pakatan yang terdiri daripada empat parti politik iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) serta gabungan pertubuhan bukan kerajaan yang membentuk Gagasan Bangsa (GB).

Calon GTA bertanding menggunakan logo Pejuang kecuali di Kelantan yang menggunakan logo Putra.

Mengulas mengenai peluang di Langkawi, Tun M memberitahu, beliau optimis mampu mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU14.

Katanya, sokongan rakyat terhadap beliau masih lagi ‘kukuh’ walaupun berdepan saingan lima penjuru.

Tun M akan ditentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Armishah Siraj; Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (Perikatan Nasional); Zabidi Yahya (Pakatan Harapan) dan calon Bebas, Datuk Abd Kadir Sainudin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya