[RASMI] GPS menang Parlimen Batang Sadong, Lawas dan Beton

[RASMI] GPS menang Parlimen Batang Sadong, Lawas dan Betong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan rasmi menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang di Parlimen Batang Sadong, Lawas dan Betong.

Di Batang Sadong, calon GPS, Rodiyah Sapiee menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 14,893 undi. 

Di Lawas pula, calon GPS, Henry Sum Agong menang dengan majoriti 5,677 undi mengatasi calon PH dan Parti Sarawak Bersatu.

Bagi Parlimen Betong, Richard Rapu mengalahkan dua pencabarnya selepas memperoleh majoriti 11,302 undi. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya