Giliran Tulus hangatkan Dewan Plenary

Giliran Tulus hangatkan Dewan Plenary

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rindu peminat terhadap penyanyi Indonesia, Tulus bakal terubat menerusi konsert yang akan berlangsung di Dewan Planery, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 6 Januari depan.

Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim dalam kenyataan memaklumkan, konsert yang diberi judul Fabulous Friday Presents Tulus bukan sahaja akan memadam rindu peminat, malah turut membawakan persembahan muzik terbaik dari seberang.

“Tulus akan muncul dengan lagu berkualiti dan dipersembahkan bersama barisan pemuzik yang diterbangkan khas dari Indonesia.

“Saya percaya kedatangannya bukan sahaja melenyapkan kerinduan peminat, malah dia juga akan berkongsi karya yang baik dari Indonesia. Hal seperti ini wajar kita kongsi bukan sahaja sebagai hiburan, tetapi juga pengalaman,” ujarnya.

Kali terakhir penyanyi kelahiran Sumatera Barat ini membuat persembahan di Malaysia adalah menerusi Konsert Jelajah Sewindu pada Ogos 2019.

Kedatangan terbaru ini kata Tulus, melepaskan kerinduannya terhadap peminat tegar di negara ini yang tidak pernah berhenti menyokong karyanya.

“Lama tidak bertemu peminat di Kuala Lumpur. Semoga rindu ini menghilang ketika kita bersua di Dewan Plenary kelak. Kita bakal menyanyi bersama-sama,” katanya.

Tiket berharga antara RM250 dan RM950 boleh dibeli menerusi laman web: www.myticket.asia. Layari www.shirazprojects.com untuk maklumat lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN