Gelombang BN rampas Kangar

Gelombang BN rampas Kangar

FATHUL Bari Mat Jahya (tengah) bergambar bersama anak muda pada Program Konvoi For Kangar & Himpunan Anak Muda Kangar di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis, hari ini. - UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berharap pengundi membuat penilaian dengan sebaiknya bagi memilih wakil rakyat mereka demi masa depan yang lebih baik dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) esok.

Beliau berkata, parti telah berusaha gigih bagi melakukan peremajaan untuk menarik sokongan rakyat dalam pilihan raya kali ini.

Katanya, BN menampilkan gandingan calon muda dan pemimpin sedia ada bagi memantapkan gerak kerja untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerjasama ini sangat penting untuk memantapkan pentadbiran negara agar lebih maju, stabil dan makmur pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui selepas Program Konvoi For Kangar & Himpunan Anak Muda Kangar di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, di sini hari ini.

Terdahulu, Fathul Bari turut berkesempatan melancarkan program tersebut yang bermula pada pukul 4 petang dengan dihadiri lebih 500 anak muda.

Dalam pada itu, Fathul Bari yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, gelombang pengundi muda dapat dilihat secara jelas di setiap kawasan yang menunjukkan penerimaan dan sokongan terhadap BN.

“Saya juga berharap anak muda dapat melihat bagaimana pentadbiran kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membawa kepada kestabilan politik dan memacu kepada keadaan lebih aman serta tenteram,” katanya.

Tambahnya, kejayaan pentadbiran Ismail Sabri juga dapat diteruskan selepas ini sekiranya pengundi masih memberi kepercayaan dengan memilih BN sebagai kerajaan.

Dalam pada itu, beliau berharap kepada seluruh pengundi agar menunaikan tanggungjawab tersebut dan pilihlah BN dalam pilihan raya esok.

“Kepada pengundi luar saya berharap pulanglah dengan selamat, berehat secukupnya dan esok dapat menunaikan tanggungjawab mengundi,” kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya