Gelombang biru sedia tawan DUN Bugaya

Gelombang biru sedia tawan DUN Bugaya

JETI pelancongan yang menjadi tempat mendapatkan permit kemasukan ke pulau di bawah Taman-Taman Sabah di Semporna. -UTUSAN/SURAIDAH ROSLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Gelombang biru semakin dapat dirasai dalam kalangan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya.

Dengan waktu berkempen hanya berbaki sehari sahaja lagi, Barisan Nasional (BN) yakin mampu menebusi kawasan yang dikuasai oleh Parti Warisan (Warisan) itu.

PRK Bugaya akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, calon BN DUN Bugaya, Abd Aziz Mohd Ibno berkata, beliau yakin dengan maklum balas yang diterima pada minggu pertama, Barisan Nasional mampu merampas kerusi DUN tersebut daripada Warisan.

Beliau berkata, jentera BN Semporna sedang mempergiatkan gerak kempen bagi memastikan momentum minggu pertama diteruskan sehingga hari-hari terakhir berkempen.

Biarpun berhadapan dengan kekangan masa yang singkat untuk memasuki lebih banyak kawasan namun, Abd Aziz yakin, gerak kerja yang dilakukan sebelum ini dan sepanjang tempoh berkempen mampu meyakinkan pengundi DUN Bugaya untuk kembali menyokong Barisan Nasional.

“Kawasan Bugaya termasuk sedikit kawasan pulau. Dari segi logistik tiada masalah untuk masuk ke pulau-pulau.

“Namun, kawasan DUN ini agak luas dan bilangan pengundi mencapai 32,000 orang. Jadi, dalam jangka masa yang singkat, agak mustahil untuk memasuki semua kawasan.

“Walau bagaimanapun, saya akan buat yang termampu mengikut jadual yang telah diatur dalam rangka kempen PRK Bugaya ini,” katanya.

Abd Aziz berkata, sekiranya diberi mandat oleh rakyat, beliau akan memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi mampan berasaskan pertanian dan perikanan serta menyelesaikan isu kekurangan kemudahan asas di DUN Bugaya.

DUN Bugaya merupakan salah satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Semporna yang kini dikuasai oleh Warisan. Dua kerusi lagi adalah DUN Senallang dan Sulabayan.

PRK DUN Bugaya menyaksikan pertembungan tujuh penjuru antara Abd Aziz, Mohd. Hassan Abu Bakar daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Jamil Hamzah (Parti Warisan), Nazmawati Walli dari (Parti Bangsa Malaysia-PBM), Karil Pg Kuraini (Parti Perpaduan Rakyat Sabah-PPRS), Arastam Pandorog dari Pakatan Harapan (PH) dan Zulfadzli Shi Ahmad (Bebas).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya