Gelaran ‘Menteri Kesihatan terbaik’ KJ temberang - Ramanan - Utusan Malaysia

Gelaran ‘Menteri Kesihatan terbaik’ KJ temberang – Ramanan

R. RAMANAN dan Altimet ketika Ceramah Mega Paya Jaras di Tapak Pasar Malam Paya Jaras.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI  BULOH: Suasana kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Sungai Buloh menjadi hangat apabila calon Pakatan Harapan (PH), Datuk R. Ramanan menyifatkan gelaran ‘Menteri Kesihatan terbaik’ calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin sebagai temberang.

Ramanan dalam ceramah beliau malam tadi berkata, pihaknya tidak mahu pengundi di Sungai Buloh melihat sebuah penggambaran sebaliknya ingin memberitahu kebenaran kepada mereka.

“Hospital Sungai Buloh penting sebab keluarga saya ramai doktor kita nak bagi tahu apa sebenarnya, kononnya dia (Khairy) Menteri Kesihatan terbaik. Temberang, terbaik pula.

“Daripada 53 buah negara, Malaysia nombor 50, tolong semak kalau saya cakap betul atau tidak dan buat siasatan sendiri, sekarang ada Google kita tidak boleh tipu, tengok sendiri,” dakwanya pada Ceramah Mega Paya Jaras di Tapak Pasar Malam Paya Jaras di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR itu turut mempersoal di mana Khairy ketika doktor-doktor dan petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh mogok serta menangis disebabkan Covid-19.

“Sayang sangat dia dekat Hospital Sungai Buloh, dipilih calon sini lari dia pergi dekat situ, masa Covid-19 doktor-doktor mogok, petugas barisan hadapan tengah menangis dekat situ berapa kali dia pergi? Tiada. Saya pun ingat tiada.

“Kita beri peluang dia jawab, saya tidak mahu buat fitnah kerana fitnah itu dosa dan lagi teruk daripada membunuh,” katanya.

Ramanan turut mempersoal tindakan Khairy berdiam diri ketika bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan darurat semasa pandemik Covid-19.

“Sanggup dia orang berprinsip, progresif bila Muhyiddin buat darurat KJ ada bising? Jangan buat macam itu lawan, lawan untuk rakyat bukan jawatan dan selamatkan diri you (awak),” katanya.

Parlimen Sungai Buloh bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Khairy (BN), Ramanan (PH), Mohd. Ghazali Md Hamin (PN), Mohd Akmal Mohd Yusof (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan Nurhaslinda Basri serta Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof masing-masing calon Bebas.

Parlimen Sungai Buloh merupakan kerusi campuran yang disandang R. Sivarasa daripada PKR sejak 2008 dan PRU lalu beliau memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti besar 26,634 undi.

Pada PRU14 dalam persaingan di P.107 Sungai Buloh, Sivarasa meraih 43,631 undi menewaskan Nuridah dari Pas yang memperoleh 16,977 undi, A. Prakash Rao mewakili BN (16,681) dan Zainurizzaman Moharam dari PSM (642). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya