Gagal selamatkan diri, warga emas maut dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Gagal selamatkan diri, warga emas maut dalam kebakaran

KEADAAN sebuah rumah yang hampir musnah dalam kebakaran di Paya Keladi Hujung, Kepala Batas, Pulau Pinang tengah malam tadi yang menyebabkan seorang warga emas maut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Seorang lelaki warga emas maut dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Jalan Paya Keladi, Paya Keladi Hujung, di sini tengah malam tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.44 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bertam bergegas ke lokasi kejadian dengan dibantu BBP Kepala Batas.

“Setibanya di lokasi, kami dapati terdapat sebuah rumah kelas B dengan anggaran keluasan 20×40 kaki persegi (6×12 meter persegi) terlibat dalam kebakaran itu.

“Anggaran peratusan kemusnahan akibat kebakaran itu pula adalah sebanyak 60 peratus,” katanya yang memberitahu, operasi memadam kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 12.19 tengah malam tadi.

Difahamkan, mangsa yang berusia 70 tahun tinggal seorang diri ketika kejadian dan dan terperangkap ketika api marak hingga gagal menyelamatkan diri.

Dalam pada itu, insiden kebakaran tersebut turut mendapat perhatian calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang terus bergegas ke lokasi sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai kejadian berkenaan malam tadi.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen tersebut sejak dua penggal lalu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya