Fokus menangkan BN, bukan individu

Fokus menangkan BN, bukan individu

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua calon Barisan Nasional (BN) digesa memberi fokus memenangkan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan tidak bersikap mementingkan diri sehingga ‘menconteng arang’ kepada parti demi kepentingan peribadi.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid berkata, untuk menang PRU15, semua calon perlu bersatu menentang musuh yang sama memandangkan kemenangan BN adalah keutamaan sebenar, bukan peribadi.

Beliau berkata, perbuatan memburukkan BN dan calon-calon lain demi meraih undi daripada pengundi hanya memakan parti kerana ia boleh melemahkan kebolehupayaan kerusi untuk menang.

“Janganlah kita terlalu fokus untuk memenangi diri sendiri  dengan meremeh, memperlekeh dan mempersoal kewibawaan teman-teman sahabat dalam BN yang sedang bertanding.

“Dengan harapan untuk mendapat simpati untuk diri sendiri daripada pengundi tetapi merosakkan kemenangan kerusi-kerusi BN yang lain yang jauh lebih banyak daripada kerusi yang bersifat individu bukanlah langkah bijaksana,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid berkata, semua calon BN perlu menjadikan episod-episod hitam yang melanda BN sebelum ini menjadi titik baharu agar semua pihak tidak mengulangi kesilapan sehingga menyebabkan parti kalah teruk.

“Kenyataan populis dan menguntungkan peribadi sendiri tetapi menggugat nama parti perlulah dihindari dalam keghairahan kita berkempen. Sesungguhnya tanpa logo parti tempat kita bernaung untuk menang pilihan raya siapalah kita.

“Berdasarkan struktur dan hieraki barisan kepemimpinan parti pasca pilihan raya 2018 penting dalam menentukan hala tuju yang sedang pulih serta bangkit masa kini. Maka janganlah ia dirosakkan dari dalam BN sendiri atas nama populis individu,” katanya.

Tambahnya, dalam baki akhir tempoh berkempen, semua calon perlu beri fokus 100 peratus untuk kemenangan BN dan ingat tujuan bertanding, iaitu untuk meyakinkan rakyat bahawasanya hanya BN pilihan terbaik demi masa depan negara, bukan parti-parti lain.

“Kemenangan BN secara kolektif lebih bermakna daripada kemenangan secara individu. Insya-Allah selepas selepas BN memenangi pilihan raya umum kali ini, barulah bergerak pula ke fasa pemilihan parti,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya