Farm Fresh sumbang bekalan Susu enam bulan

Farm Fresh sumbang bekalan Susu enam bulan, sokong generasi kuat dan sihat

farm fresh
Azmi Zainal bersama-sama anak-anak di Pertubuhan Warisan Suci (PEWARIS).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengeluar produk tenusu tempatan terbesar Malaysia, Farm Fresh Berhad  menyumbangkan bekalan susu secara berkala selama enam bulan kepada Pertubuhan Warisan Suci (PEWARIS).

Ini sesuai dengan usaha berterusan Farm Fresh untuk membina generasi yang lebih sihat dan kuat dengan membekalkan susu yang penuh nutrisi dan berkhasiat kepada anak-anak di PEWARIS.

Bekalan susu akan disampaikan secara berkala selama enam bulan berturut-turut.

Selain susu, barangan keperluan lain termasuk tepung, beras, telur, santan dan oat juga turut disumbangkan.

Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal berkata, syarikat itu memberi sumbangan susu dengan hasrat membekalkan nutrisi dari tenusu asli dan berharap usaha ini dapat memupuk minat anak-anak ini untuk terus menikmati khasiat susu.  

“Farm Fresh sentiasa mengambil berat dan prihatin akan produk yang kami hasilkan. Semuanya mesti mempunyai khasiat tenusu asli dan tidak mempunyai bahan-bahan yang tidak sepatutnya ada dalam produk yang kita berikan kepada anak -anak kita.

“Usaha ini adalah usaha kecil kami untuk berbakti semula kepada masyarakat. Kami berharap usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak ini untuk terus membesar dengan baik dan membina Generasi Farm Fresh yang kuat,” kata En Azmi sewaktu ditemui di PEWARIS. 

Azmi Zainal menyampaikan sumbangan kepada Pertubuhan Warisan Suci (PEWARIS).

PEWARIS ditubuhkan untuk membantu memberikan pendidikan dan perhatian kepada anak-anak yang kurang bernasib baik. Kebanyakan mereka bermula dari peringkat taska berumur empat hingga enam tahun.

Rumah yang dikunjungi Farm Fresh kali ini melindungi hampir 30 anak-anak perempuan berumur bawah enam tahun.  

Sebagai usaha untuk turut menyebarkan kebaikan dan mengakhiri tahun ini dengan usaha kebajikan, sekumpulan pekerja daripada Farm Fresh turut menyertai Azmi untuk meluangkan masa bersama anak-anak ini dan menyerikan hari mereka dengan aktiviti bersama-sama.  

“Selain bekerja, Farm Fresh sentiasa menyokong usaha kebajikan dan memupuk semangat sentiasa ingin memberi bakti kepada masyarakat di dalam kalangan pekerja kami.

“Dengan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebajikan seperti ini, diharap pekerja kami dapat dipupuk dengan semangat kemasyarakatan di kalangan mereka,” katanya 

 

Mengenai Farm Fresh Berhad 

Farm Fresh Berhad dan Farm Fresh Milk Sdn Bhd, kini menawarkan lebih daripada 135 produk yang terdiri daripada variasi susu segar, susu UHT, susu berperisa, susu berasaskan tumbuhan, produk berasaskan yogurt, jem buah-buahan dan sos.  

Program Home Dealer yang dimulakan oleh Azmi untuk memberi peluang perniagaan kepada usahawan kecil pada tahun 2016 juga kini telah berkembang kepada 45 stokis, 900 home dealer dan 1,772 ejen yang membantu Farm Fresh Berhad menjual produk melalui pelbagai saluran pengedaran di seluruh Malaysia, dan membantu syarikat untuk menjual kepada pelanggan dari segenap lapisan. 

  Untuk maklumat lanjut mengenai Farm Fresh, layari https://www.farmfresh.com.my/  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya