Farid Kamil pegang watak Anwar Ibrahim

Farid Kamil pegang watak Anwar Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Media sosial heboh memperkatakan mengenai penerbitan filem baharu yang melibatkan kerjasama pelakon terkenal negara ini dan Indonesia.

Difahamkan, Farid Kamil bakal memegang watak utama sebagai ahli politik disegani, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bergandingan bersama pelakon Indonesia, Acha Septriasa melakonkan watak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Berita itu tersebar selepas seorang pelakon dari negara seberang dikenali sebagai Hans de Kraker memuat naik gambar Farid bersama tenaga produksi bianglala_entertainment dalam akaun Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, filem berjudul Jalan Masih Panjang diarahkan oleh Viva Westi turut menampilkan pelakon, Hasnul Rahmat yang dijangka memegang watak sebagai Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Farid yang pernah membintangi filem Legenda Budak Setan dilihat turut memuat naik semula hantaran Acha yang pernah berlakon dalam filem Heart menerusi Insta, story sekali gus menguatkan lagi kemunculan filem genre politik dan kenegaraan tersebut.

Bulan lalu, Farid yang mempunyai sejuta pengikut di Instagram menyatakan kecenderungan terhadap PKR selepas mengadakan pertemuan dengan Anwar selaku Presiden parti.

Gambar pelakon itu dimuat naik Anwar dalam Instagram rasmi beliau yang memperincikan tujuan kunjungan adalah untuk membincangkan perkara berkaitan seni dan budaya, selain mengenai industri perfileman negara.

Perkongsian tersebut turut dimuat naik oleh calon Parlimen Kangar, Amin Ahmad yang mewakili PKR yang mendedahkan idea mengenai penghasilan filem tersebut sudah dilakukan sejak 2018.

“Sebenarnya selepas 2018, ada beberapa pihak bertemu saya tentang bahan ini (atas cadangan pejabat Anwar sendiri). Ada yang nak buat dokumentari dan juga filem.

“Semoga semuanya lancar dan mengesankan. Nantikan Jalan Masih Panjang,” tulisnya di Facebook.

Hantaran yang dimuat naik dalam Twitter oleh seorang pengguna turut dihujani pujian mengenai penghasilan filem biografi Anwar.

“Saat filem Jokowi diputar di pawagam Indonesia pada 2013, saya dan isteri menonton sehingga kami hampir menangis di beberapa adegan.

“Filem mampu membuat kesan begitu mendalam serta sangat emosional. Saya berharap filem biografi Anwar ini tidak hanya membuat kita menangis, tetapi menjadi fenomena,” tulis Emir Hamdy di Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya