Fahmi Fadzil tekad tidak ambil gaji jika jadi menteri

Fahmi Fadzil tekad tidak ambil gaji jika jadi menteri

FAHMI Fadzil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini penyandang Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil pula tekad tidak ambil gaji jika PH berjaya membentuk kerajaan selepas 19 November ini.  

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Ngeteh Bersama Anwar Ibrahim di Bazaria Pantai, Lembah Pantai, petang tadi. 

“Jika presiden parti berikrar tidak ambil gaji, saya juga hari ini tekad untuk tidak ambil gaji. 

“Saya akan masukkan duit gaji itu ke dalam sebuah tabung supaya saya boleh sampaikan bantuan secara terus kepada rakyat. 

“Saya tidak pernah menafikan bantuan kepada rakyat Lembah Pantai berdasarkan perbezaan parti,” katanya. 

Pada PRU14, Fahmi menang kerusi Parlimen itu dengan majoriti 5,598 undi mengalahkan lawannya, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN) dan Fauzi Abu Bakar.

Fahmi mendapat 33,313 undian, Raja Nong Chik mendapat 27,715 undian dan Fauzi mendapat 5,277 undian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya