Fahmi Fadzil dijangka hadapi saingan empat penjuru Lembah Pantai

Fahmi Fadzil dijangka hadapi saingan empat penjuru Lembah Pantai

PENYOKONG BN yang hadir di pusat penamaan calon di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya bersorak bagi memberi sokongan kepada calon mereka semasa proses penamaan calon PRU15 bagi kerusi Lembah Pantai. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Lembah Pantai mewakili Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil tiba awal di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya di sini untuk proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Fahmi tiba sekitar pukul 8.15 pagi bersama isterinya, masing-masing memakai baju Melayu dan baju kurung berwarna biru muda.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai, Datuk Ramlan Askolani kemudian tiba bersama lebih 200 penyokong BN sekitar pukul 8.30 pagi. 

Pada PRU14, Fahmi memenangi kerusi Parlimen itu dengan 33,313 undi dan majoriti 5,598 mengalahkan lawannya Raja Nong Chik dari BN dan Fauzi Abu Bakar (Pas). 

Setakat ini kerusi Parlimen ini menyaksikan pertembungan empat penjuru iaitu PH, BN, Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan Parlimen itu, Yasin Jamaluddin membuat pengumuman itu pada tepat pukul 10 pagi. 

UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya