Fahaman ekstrem bukan pendirian Pas - Utusan Malaysia

Fahaman ekstrem bukan pendirian Pas

umno
NIK MUHAMMAD ZAWAWI NIK SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Syura Ulamak Pas (MSUP) menegaskan kenyataan berbaur ekstrem dan isu hukum berkait syurga bukanlah pendirian parti itu malah ia bercanggah dengan prinsip Islam.

Setiausahanya, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh menasihatkan semua ahli termasuk calon-calon Pas yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) supaya menjaga bahasa dan menumpukan perkara positif semasa ceramah atau berkempen.

Menurutnya, semua jentera penerangan Pas perlu memberikan tumpuan kepada dasar, manifesto parti dan perkara-perkara positif sepanjang berkempen.

“Isu di Sik, Kedah adalah isu terpencil dan membabitkan individu yang bukan kepimpinan peringkat pusat atau negeri. Jadi saya tak mahu ia diperbesarkan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan di sini hari ini.

Zawawi yang juga calon Pas bagi kerusi Parlimen Pasir Puteh memberitahu, masih banyak isu-isu yang boleh dikemukakan dan jika mahu menyerang biarlah kena kepada sasarannya.

“Jangan kita tembak ikut sedap sahaja sebab kalau kita kekurangan peluru nanti payah juga. Jadi biar bersasar dan jangan tersasar,” jelasnya.

Ditanya berkenaan kenyataan berbaur ekstrem dikeluarkan pelakon, Zul Huzaimy, beliau enggan mengulas lanjut kerana individu terbabit bukan ahli Pas.

Katanya, kenyataan sebegitu bercanggah dengan syariat Islam dan tidak dibolehkan kerana Rasulullah S.A.W sendiri melarang umatnya mencari musuh.

“Saya tegaskan, Islam tidak pernah cari musuh. Nasihat saya, kita hidup dalam masyarakat majmuk yang merupakan ciptaan dan anugerah Allah kepada Malaysia. Kita mesti menterjemahkan agenda Islam dengan tingkah laku bersesuaian dengan masyarakat majmuk. Tidak boleh mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya