Faez Zein korban keseronokan usia muda

Faez Zein korban keseronokan usia muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ENGGAN melepaskan impian menjadi penyanyi, Faez Zein, 27, korbankan keseronokan usia muda dengan memperuntukan masa membina kerjaya nyanyian dan pekerjaan hakiki sebagai kakitangan sebuah bank di Johor Bahru.

Kata pemilik nama penuh, Muhammad Faiz Mohd Zain ini, impian untuk menapak dalam industri hiburan sudah lama tersimpan. Justeru, dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberikan.

“Sejak awal saya sudah rancang untuk pastikan jadual kerja di bank tidak bercanggah dengan kerjaya nyanyian. Di sini, pentingnya pengurusan masa dan  jadual

“Saya gunakan hari rehat atau cuti untuk memfokuskan kepada kerja nyanyian seperti rakaman lagu atau pembikinan video muzik.

“Memang memenatkan, apatah lagi saya perlu berulang-alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Tetapi saya lega kerana dapat buat benda yang saya suka,” katanya kepada Pancaindera.

Mungkin ada yang bertanya, mengapa tidak anak muda ini tumpukan pada satu kerjaya sahaja. Takut yang dikejar tidak dapat, dikendong pula berciciran.

Kata Faez, buat masa ini, dia lebih senang begitu. Baginya dia gembira kerana mempunyai kerja tetap, pada masa sama masih mampu mengejar keinginan menjadi penyanyi.

“Saya sudah aktif  menyanyikan semula lagu popular di YouTube sejak 2017. Dari situ, saya dapat peluang menjadi penyanyi apabila ditawarkan bernaung di bawah FMC Music.

“Saya akan menyesal kalau lepaskan impian dan cita-cita yang saya inginkan sekian lama.

“Berbaloi atau tidak, itu perkara subjektif. Saya masih baru dalam industri dan banyak lagi perkara yang saya perlu korbankan untuk kejar keinginan,” jelasnya.

Anak bongsu dari lima beradik ini memaklumkan, dia menyimpan perancangan untuk menjadi penyanyi sepenuh masa.

Bagaimanapun, buat masa ini, dia masih selesa melakukan dua kerja dan akan memutuskan untuk memilih salah satu apabila tiba masa sesuai.

“Buat masa ini, saya hanya mengikut arus. Saya akan putuskan apabila kedudukan dalam industri kukuh dan stabil.

“Selagi boleh bahagikan masa untuk dua kerja, saya akan terus begini. Saya seronok jadi penyanyi dan bekerja di bank. Namun, sampai masa saya kena tumpukan pada satu kerjaya untuk memastikan apa yang dicita-citakan membuahkan hasil,” kongsinya.

Tidak simpan kecewa

Muncul dengan single pertama, Untuk Dirimu, anak jati Kluang, Johor tidak menganggap sambutan kurang memberangsangkan terhadap lagu berkenaan sebagai perkara yang mengecewakan.

Sebaliknya, kata Faez, masih terlalu awal untuk menghakimi nasib lagu berentak pop itu kerana ia baru dipasarkan.

“Saya akui, sambutan terhadap lagu itu agak perlahan. Mungkin peminat berharap saya keluar dengan lagu balada disebabkan saya sering menyanyikan lagu perlahan.

“Hendak kata kecewa, tidak juga. Perjalanan saya dalam dunia hiburan arus perdana baru bermula. Lagipun, lagu ini baru diperdengarkan.

“Mungkin selepas ini, saya akan tampil dengan lagu balada pula. Mungkin juga lagu yang saya tulis dan hasilkan sendiri,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya