Exco Kedah bertanding PRU15 tak perlu letak jawatan

Exco Kedah bertanding PRU15 tak perlu letak jawatan

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan mana-mana Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) yang mengesahkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di kerusi Parlimen tidak perlu meletakkan jawatan masing-masing.

Katanya, perkara tersebut termaktub dalam perintah daripada Peguam Negara yang membenarkan setiap Exco bertanding dan melaksanakan portfolio masing-masing ketika pilihan raya.

“Ada perintah daripada pejabat Peguam Negara, Exco sebetulnya dia nak bertanding PRU di (kerusi) Parlimen tak perlu lepaskan jawatan. 

“Tetapi terdapat Exco yang melepaskan jawatan mereka, maka akan dibuat penggantian,” katanya dalam sidang akhbar selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang perkembangan terkini kekosongan Exco ekoran peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaakob bulan lalu.

Kelmarin, nama Suraya turut diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Pendang pada PRU15, 19 November ini.

Pada masa sama, seramai tiga ADUN yang masih berjawtan Exco turut diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) iaitu Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail di Kubang Pasu; Datuk Azman Nasrudin (Padang Serai) dan Dr. Robert Ling Kui Ee (Sungai Petani).

Menyentuh tentang perkembangan terkini Exco baharu menggantikan Suraya, kata Muhammad Sanusi, nama ADUN berkenaan sudah dipersembahkan kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

“Nama sudah dipersembahkan kepada Sultan Kedah dan perlu diperkenankan oleh baginda, tarikh (angkat sumpah) itu belum ada lagi, proses itu sedang berjalan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya