Enam calon serah borang di Hulu Langat

Enam calon serah borang di Hulu Langat

CALON-CALON PRU15 Parlimen Hulu Langat mendengar taklimat ringkas oleh PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat penamaan calon Dewan Seri Cempaka, Kajang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Enam calon mewakili pelbagai parti termasuk Bebas menyerahkan borang pencalonan bagi Parlimen Hulu Langat, pagi ini.

Borang tersebut diserahkan di pusat penamaan calon  Dewan Seri Cempaka, Kajang dan majlis penyerahan selesai pada 9.30 pagi.

Mereka terdiri daripada calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Bersatu, calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi Pakatan Harapan (PH), calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan serta seorang calon Bebas.

Parlimen Hulu Langat (P101) merangkumi dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu  Dusun Tua serta Semenyih. 

Pada PRU14, sejumlah 102,363 pemilih berdaftar di Parlimen itu mengambil bahagian dalam proses pengundian.

Parlimen itu dimenangi wakil Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Hassanuddin Mohd. Yunus yang memperoleh jumlah undi 49,004, dengan majoriti 25,424.

Beliau menewaskan calon BN, Azman Ahmad yang memperoleh 23,580 jumlah undi, serta calon Pas, Dr. Che Rosli Che Mat yang memperoleh 15,663.

Semasa PRU13 pada 10 April, 2013, kerusi Parlimen itu dimenangi calon Pas, Dr. Che Rosli Che Mat dengan 64,127 undi (17,267 majoriti), mengalahkan calon BN, Adzhalisa Mohd. Nor yang meraih 46,860 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya