Enam calon hadir pusat penamaan calon Setiawangsa

Enam calon hadir pusat penamaan calon Setiawangsa

NIK Nazmi Nik Ahmad semasa proses penamaan calon kerusi Parlimen Setiawangsa di Dewan Titiwangsa, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parlimen Setiawangsa dijangka menyaksikan pertandingan lima penjuru pada Pilihan  Raya Umum Ke-15 selepas enam calon dilihat memasuki Pusat Penamaan Calon P118 Setiawangsa di Dewan Titiwangsa di sini, pagi ini.

Enam calon yang hadir terdiri daripada calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) yang diwakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Bersatu, calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) serta calon Bebas. 

Pada PRU14, sejumlah 72,136 pemilih berdaftar di Parlimen Setiawangsa mengambil bahagian dalam proses pengundian. 

Kerusi Parlimen itu dimenangi penyandang daripada PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dengan majoriti 14,372 undi.

Beliau menewaskan calon BN, Tan Sri Dr. Zulhasnan Rafique yang memperoleh jumlah undi 20,099 dan calon Pas, Ubaid Abd. Akla yang meraih 6,282 jumlah undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya