Empat penjuru di Indera Mahkota - Utusan Malaysia

Empat penjuru di Indera Mahkota

BARISAN calon daripada PN, BN, PH, Pejuang dan calon Bebas selesai menghantar kertas pencalonan mereka bagi merebut kerusi Parlimen Indera Mahkota dan DUN Beserah serta Semambu di Wisma Belia Indera Mahkota di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerusi Parlimen Indera Mahkota yang disandang Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan berdepan saingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Saifuddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang akan dicabar calon Barisan Nasional (BN), Quek Tai Seong; calon Pakatan Harapan (PH), Zuraifi Ismail dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr. Mohamad Nor Sundari.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi PN Pahang, Andansura Rabu yang sebelum ini menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah bakal berhadapan dengan empat lagi pesaingnya sekali gus menyaksikan pertembungan lima penjuru merebut kerusi DUN Beserah pada PRU15 kali ini.

Andansura yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang bakal berdepan calon BN, Datuk Seri Mustaffar Kamal Ab. Hamid; calon PH, Zulkifli Mohamed; calon Pejuang Mohd. Fauzi Taib dan calon Bebas, Joseph Yang Sain Yew.

Bagi DUN Semambu pula, kerusi yang sebelum ini disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, Lee Chean Chung turut menyaksikan pertembungan empat penjuru daripada empat calon muka baharu parti PH, PN, BN dan Pejuang.

PH diwakili oleh Chan Chun Kuang; BN diwakili Khairul Hisham Omar; PN diwakili oleh Zulfadhli Zakariah dan Pejuang diwakili Rashidah Abdul Rahman.

Proses penamaan calon Parlimen Indera Mahkota bertempat di Wisma Belia Indera Mahkota, di sini, di bawah pengurus, Datuk Fadzilla Salleh berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dengan semua kertas pencalonan diterima dan disahkan bertanding pada PRU15 ini.

Dewan penamaan calon dibuka pukul 9 pagi dan berakhir 11 pagi.

Dianggarkan sekitar 3,000 penyokong keempat-empat parti membanjiri pekarangan Wisma Belia Indera Mahkota. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya