Dua penganggur bantu ah long didenda RM3,500

Dua penganggur bantu ah long didenda RM3,500

DUA orang penganggur termasuk seorang seorang remaja 19 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Tampin hari ini atas pertuduhan membantu kegiatan ah long. - UTUSAN/ NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Dua penganggur termasuk seorang remaja berusia 19 tahun mengaku salah di Mahkamah Majistret Tampin di sini, atas pertuduhan membantu kegiatan ah long ataupun pemberi pinjaman wang secara haram.

Tertuduh, Kong Quan Kiat, 19, dan Tee Chun Hong, 23, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan, pada 28 Oktober lalu, kira-kira pukul 6.50 petang di hadapan sebuah rumah di Taman Clonlee didapati tertuduh membantu pemberi pinjam wang tanpa lesen dengan melanggar Subseksyen 5(1) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951.

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29 (AA) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada September lalu, di lokasi taman perumahan yang sama, mangsa yang mendapat maklumat daripada media sosial bagi meminjam wang sebanyak RM10,000 telah didatangi dua tertuduh terbabit.

Pada 26 Oktober, mangsa menerima pesanan WhatsApp memaklumkan pinjaman itu telah berjumlah RM15,900.

Mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri serta keluarga telah membuat laporan polis dan membuat tiga kali bayaran secara tunai serahan tangan sebanyak RM3,000 dan sekali melalui ATM berjumlah RM1,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Safia Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam.

Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,500 dan sekiranya gagal bayar 10 bulan penjara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya