Dua MB PKR isytihar aset bersih hampir RM3 juta 

Dua MB PKR isytihar aset bersih hampir RM3 juta 

AMINUDDIN HARUN dan AMIRUDIN SHARI AMINUDDIN HARUN dan AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua Menteri Besar daripada PKR mengisytiharkan harta mereka sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), dengan kedua-dua aset bersih mereka bernilai hampir RM3 juta. 

Menurut laman calonkeadilan.org, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun merekodkan jumlah aset bersih bernilai RM2.17 juta. 

Berdasarkan dokumen pengisytiharan harta yang dikemas kini itu, jumlah tersebut melibatkan RM1.54 juta bagi kategori wang tunai dan simpanan serta empat jenis pelaburan bernilai RM398,929.77. 

Selain itu, calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Port Dickson itu juga memiliki enam tanah pertanian yang bernilai RM970,000 dan tiga kereta serta satu motorsikal  bernilai RM190,000. 

Aminuddin dalam masa sama masih mempunyai tiga jenis hutang melibatkan dua pinjaman peribadi dan satu pinjaman kenderaan yang berjumlah RM934,096.05. 

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pula mengisytiharkan aset bersih bernilai RM639,273, setakat 30 September lalu. 

Menurut dokumen yang dimuat naik, jumlah tersebut meliputi RM144,000 bagi kategori wang tunai dan simpanan; tiga hartanah yang bernilai RM1.7 juta dan tiga kenderaan bernilai RM273,000. 

Calon PH di Parlimen Gombak itu bagaimanapun masih mempunyai hutang yang berjumlah RM1.061 juta melibatkan pinjaman kenderaan, pinjaman hartanah dan pinjaman peribadi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya