Dua calon Parlimen Tanjong Karang undi lokasi sama

Dua calon Parlimen Tanjong Karang undi lokasi sama

HABIBAH Mohd. Yusof (tengah) menunjukkan jarinya selepas selesai mengundi di SK Parit 4, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Selangor.-UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Dua calon Parlimen Tanjong Karang mengundi di lokasi sama di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit 4, Tanjong Karang di sini, hari ini.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Habibah Mohd. Yusof yang berbaju kurung merah tiba di pusat pengundian itu, pukul 10.40 pagi tadi, manakala lebih awal berbuat demikian ialah calon Bebas, Mohd. Rosni Mastol menunaikan tanggungjawab sama kira-kira pukul 9.30 pagi.

Habibah berkata, beliau bersikap terbuka dengan menerima segala keputusan rakyat dan berserah kepada takdir Allah.

“Saya sudah melakukan sebaik mungkin sepanjang tempoh berkempen dan menyerahkan sepenuhnya kepada pilihan pengundi. 

“Selain itu, saya memohon maaf kepada semua pihak jika melakukan kesilapan dan terkasar bahasa sebelum ini,” katanya ketika ditemui di luar perkarangan sekolah itu.

Tinjauan mendapati pusat mengundi itu mula dipenuhi sejak pukul 7.30 pagi dan proses pengundian berjalan lancar serta terkawal setakat ini.

Dua calon lain iaitu Datuk Dr. Zulkapferi Hanafi dari Perikatan Nasional (PN) dan Siti Rahayu Baharin (PH) masing-masing melaksanakan tanggungjawab itu di SK Tanjong Karang dan Jerlun, Kedah.

Calon Gerakan Tanah Air (GTA), Azlan Sani Zawawi atau Lando pula mengundi di Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi (Siraj) Al-Alusi, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Kerusi P095 itu menyaksikan pertembungan lima penjuru dan merupakan kubu kuat BN di Selangor yang tidak pernah tewas sebelum ini disandang Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berjaya mempertahankan kemenangan kerusi itu sejak 1995 melalui PRU9 hingga PRU14. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya