Dua calon Parlimen Jerai keluar mengundi - Utusan Malaysia

Dua calon Parlimen Jerai keluar mengundi

JAMIL Khir Baharom (kanan) membuang undi di SJKC Pei Eng, Teroi di Jerai. -UTUSAN/NUR SYAZWANA MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERAI: Dua calon Parlimen Jerai memilih keluar awal untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.

Calon Barisan Nasional (BN) yang juga Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tiba di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Eng, Teroi, di sini, pada pukul 8.04 pagi ini.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN), Sabri Azit tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sedaka, pada pukul 8.15 pagi.

Kedua-dua calon sempat beramah mesra bersama pengundi masing-masing sebelum beredar dari pusat pengundian tersebut kira-kira pukul 9 pagi.

Pada PRU15, Parlimen Jerai yang sebelum ini hanya ditandingi oleh calon BN dan Pas, kali ini menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Selain Jamil Khir, penyandangnya, Sabri bersaing dengan dua lagi calon iaitu, Zulhazmi Shariff daripada Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Nizam Mahshar daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). 

Untuk rekod, Jamil Khir pernah memenangi kerusi Parlimen Jerai pada PRU13 dengan menewaskan penyandangnya, Mohd. Firdaus Jaafar daripada Pas dengan majoriti sebanyak 1,196 undi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya