'Drama' keluar parti bermula, 70 petugas PN Masjid Tanah masuk UMNO - Utusan Malaysia

‘Drama’ keluar parti bermula, 70 petugas PN Masjid Tanah masuk UMNO

SERAMAI 70 petugas PN Parlimen Masjid Tanah keluar parti dan menyertai UMNO dalam sesi penyerahan borang keahlian di Ayer Limau, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Mendakwa kecewa dengan pengurusan Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan tidak berjalan sistematik, seramai 70 petugas parti itu bagi kerusi Parlimen Masjid Tanah menyertai UMNO, malam tadi.

Borang keahlian diserahkan kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid yang juga calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen berkenaan.

Turut menyaksikan sesi penyerahan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Abdul Hakim ketika ditemui pemberita berkata, kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 37 tahun itu secara sukarela meninggalkan jentera PN atas faktor kelemahan pengurusan.

“Sudah pasti mereka memberikan keyakinan yang sangat tinggi khususnya kepada saya sendiri dan selebihnya parti, yang mana anak-anak muda ini ingin bersama UMNO.

“Ada juga yang menyertai UMNO disebabkan faktor mahukan calon muda,” katanya.

Abdul Hakim, 37, yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka merupakan calon BN paling muda dipertaruhkan di Melaka.

Beliau akan berhadapan dengan calon PN yang juga penyandang kerusi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang dijangka diumumkan hari ini mewakili Pakatan Harapan (PH). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya