Dr. Nurul Ashikin bawa agenda pembaharuan, perancangan bandar

Dr. Nurul Ashikin bawa agenda pembaharuan, perancangan bandar

DR NURUL ASHIKIN MABAHWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua  Pejuanita Muda Malaysia, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dr. Nurul Ashikin Mabahwi berharap, penduduk Ampang beri peluang dan kesempatan baginya  untuk membawa pembaharuan  dan penambahbaikan ke kawasan Parlimen yang ditandinginya pada Pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Sesuai dengan kepakarannya dalam bidang perancang bandar dan bencana alam, pemegang ijazah kedoktoran Sistem Persekitaran Wilayah di Shibaura Institute of Technology Jepun, beliau mahukan sesuatu dilakukan di kawasan  Ampang jika terpilih nanti.

Dr. Nurul Ashikin yang juga pemegang diploma dan sarjana perancang bandar daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) aktif secara langsung dalam pengurusan banjir dan bencana alam semasa belajar di Jepun.

Beliau yang berusia 33 tahun mengajar subjek Sistem Maklumat Geografi (GIS) semasa di sana serta aktif menulis dalam kajian mengenai bagiamana perancangan bandar mempengaruhi kualiti udara.

Justeru beliau berharap dapat menggunakan ilmu yang dipelajarinya untuk membantu menangani banjir dan tanah runtuh lebih sistematik.

Bagi kawasan PP 099 Prlimen Ampang, beliau akan bertarung dengan penyandang, Datuk Zuraidah Kamaruddin daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Dr. Rodziah Ismail daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“ Saya bawa agenda pembaharuan dan penambahbaikan perancangan ke Parlimen,” ujarnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN