Dr. Banjir ada kepakaran bantu penduduk Ampang

‘Dr. Banjir’ ada kepakaran bantu penduduk Ampang

DR NURUL ASHIKIN MABAHWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG : Ilmu dan kepakaran dalam alam sekitar akan digunakan sebaik mungkin untuk membantu penduduk di Ampang dalam mengatasi masalah banjir dan tanah runtuh.

Itu janji calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr. Nurul Ashikin Mabahwi yang mahu dikenali sebagai Dr. banjir sekiranya dipilih rakyat sebagai ahli Parlimen Ampang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, walaupun berdepan nama besar seperti Datuk Zuraida Kamaruddin daripada Parti Bangsa Malaysia , Rodziah Ismail (PKR) dan Lai Wai Chong yang lama bertapak dalam arena politik, namun beliau yang merupakan pemegang Ijazah doktor falsafah (Phd) Sistem Alam Sekitar dari Institusi Teknologi Shibura, Jepun tidak gentar sebalik akan bersaing secara sihat untuk menawan hati warga Ampang.

“Ya, mungkin mereka sudah ada nama tetapi saya merupakan anak tempatan yang membesar di Kampung Berembang yang merupakan kawasan setinggan dan saya antara anak setinggan yang berjaya keluar dari kepompong tersebut. 

“Saya berharap mereka akan menilai profil dan perkara-perkara yang boleh saya sumbangkan di sini.

“Saya yakin boleh berbakti kepada penduduk di Ampang dengan kemahiran yang ada jika diberi peluang,” jelasnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya