LANGKAWI: Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mengkritik beliau semasa menjadi Perdana Menteri ketujuh bagi kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya bertujuan memburukkan imejnya di ambang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, tindakan Rafizi adalah perkara biasa yang akan dibuat dalam dunia politik kerana mereka bukan lagi dalam gabungan yang sama. Penyandang kerusi Parlimen Langkawi itu berkata, beliau juga menerima pelbagai kritikan semasa berkhidmat sebagai Perdana Menteri keempat dan mempersoalkan tindakan PH yang memilihnya sebagai Perdana Menteri pada PRU14.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya