PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,749 kes berbanding kelmarin, 2,234 kes sekali gus diatasi 2,564 kes sembuh.
Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 25,061 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,950,566 kes.
Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 538 kes diikuti Kuala Lumpur (224), Sabah (133), Kedah (121) dan Putrajaya (115).
Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Melaka (86), Negeri Sembilan (78), Perak (70), Pulau Pinang (70), Johor (68), Pahang (67), Terengganu (56), Sarawak (56) dan Kelantan (53) manakala hanya dua lokasi mencatatkan satu angka kes iaitu Labuan, sembilan kes dan Perlis, lima kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 562 orag, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU, 89 kes dan pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 54 kes.
Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan enam kes berbanding jumlah kelmarin, dua kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,554 kes, manakala, satu kes kematian dibawa ke hospital (BID) menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,777 kes. – UTUSAN