Cikgu Rahayu mahu perkasa pendidikan, elak keciciran

Cikgu Rahayu mahu perkasa pendidikan, elak keciciran

SITI Rahayu Baharin beramah mesra dengan penduduk setempat di sekitar Tanjong Karang, Selangor.-UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Memperkasa dan menaik taraf sumber pendidikan menjadi agenda utama calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang.

Siti Rahayu Baharin yang mewakili Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menyifatkan pendidikan terutama bagi kanak-kanak tidak boleh sekali-kali ketinggalan atau keciciran.

Beliau yang juga seorang guru berkata, sistem pendidikan perlu dilaksanakan secara lebih holistik bermula dari usia muda sehingga ke peringkat menara gading.

“Bagi saya, faktor keciciran itu tidak harus berlaku dan perlu mencontohi banyak negara luar yang memfokuskan pendidikan kanak-kanak. Justeru, agenda itu akan saya laksanakan bagi melahirkan generasi pelapis yang berkualiti dan berilmu pada masa depan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang dikenali sebagai Cikgu Rahayu mengakui bukan mudah bagi PH menawan Tanjong Karang yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama.

“Namun, saya mahu melakukannya menerusi kempen secara beradab dan mengutamakan politik nilai kemanusiaan. Empat calon lawan termasuk seorang wanita mempunyai kredibiliti masing-masing dan saya amat meghormati perjuangan mereka,” ujarnya.

Beliau berkata, faktor bukan anak tempatan tidak menjadi isu atau menghalang dirinya untuk menabur bakti  sekiranya memenangi kerusi itu kelak.

“Kita melihat ramai Ahli Parlimen juga bukan anak tempatan namuh masih mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Saya juga anak Malaysia yang menetap lama di Selangor dan kita wajib berbakti kepada masyarakat dan negara,” kata anak kelahiran Jitra, Kedah itu.

Siti Rahayu menempuh cabaran getir apabila berdepan calon BN, Datuk Habibah Mohd. Yusof; Datuk Dr. Zulkapferi Hanafi (PN); Azlan Sani Zawawi atau Lando (GTA) dan calon Bebas, Mohd. Rosni Mastol. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya