Calon sogok pengundi di Parlimen Batu?

Calon sogok pengundi di Parlimen Batu?

P. PRABAKARAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi cabang Batu membuat satu laporan polis terhadap tindakan salah satu daripada 10 calon yang bertanding di kawasan tersebut.

Tanpa mendedahkan nama calon tersebut, mereka mendakwa terdapat individu yang bertanding memberi barang berbentuk beras dan pelbagai lagi untuk memancing pengundi yang mana tindakan tersebut bercanggah dengan undang-undang.

Penyandang kerusi Parlimen Batu, P. Prabakaran berkata, setiap calon sepatutnya mempunyai sikap bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti kempen mereka semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut beliau, calon yang bertanding perlu mengikut peraturan-peraturan sedia ada yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Daripada apa yang saya lihat melalui gambar, dia (calon) sedang memberi sesuatu kepada pengundi. Kebiasaannya selepas penamaan calon, individu yang bertanding tidak boleh memberi apa-apa kepada pengundi dengan tujuan ingin memikat mereka.

“Perkara ini terjadi kelmarin dan saya kurang pasti ia berlaku di mana, tetapi ia berada di kawasan Parlimen Batu,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Khidmat Parlimen Batu.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan selain Prabakaran yang mewakili Pakatan Harapan, Datuk Kohilan Pillay (Barisan Nasional), Azhar Yahya (Perikatan Nasional), Wan Azliana Wan Adnan (Pejuang Tanah Air), Naganathan Pillai (Parti Warisan), Mohd Zulkifli Abdul Fattah (Parti Rakyat Malaysia), Chua Tian Chang (Bebas), Too Cheng Huat (Bebas), Nur Fathiah Syazwana Shaharudin (Bebas) dan Siti Zabedah Kasim (Bebas).

Laporan polis itu dibuat pada sekitar 4 petang, hari ini iaitu di Balai Polis Sentul dan dibuat oleh ketua AMK daripada cabang tersebut, Lestari Yahya.

Dalam pada masa sama, bagi mengulas laporan polis yang dibuat oleh Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan, Datuk Rajah Symon mengenai dakwaannya ditawar RM10 juta untuk melompat parti semasa mencapai ceramahnya baru-baru ini.

Prabakaran berkata, beliau mempunyai bukti kukuh mengenai dakwaan tersebut dan beliau menegaskan tiada pihak yang boleh membelinya atas prinsip kukuhnya.

“Saya bukan ‘katak’, apabila ada pihak datang tawar saya tolak secara sopan, saya tak bawa ke media sosial mahupun pihak berkuasa.

“Tetapi apabila MIC serang saya jadi saya cakaplah sedangkan orang mereka datang tawar saya tetapi saya tolak. Biar polis siasat mengenai perkara ini, sekiranya polis panggil, saya akan bawa bukti,” jelasnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya