SEMPORNA: Dua calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya antara calon terawal yang tiba di pekarangan pusat penamaan calon Dewan Masyarakat Semporna pagi ini.
Calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Karil Pg. Kuraini,76, dilihat segak berbaju melayu iba bersama penyokongnya tiba pada pukul 7.50 pagi.
Bekas tentera ini antara calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya.
Sementara itu, aktivis politik kelahiran Semporna Jufazli Shi Ahmad, 33, hadir bersama penyokong pada pukul 8 pagi.
Jufazli yang juga sebagai calon bebas bagi kerusi DUN Bugaya.-UTUSAN