Calon PKR DUN Simpang Pulai positif Covid-19

Calon PKR DUN Simpang Pulai positif Covid-19

LEE Boon Chye (kanan) bersama calon PH DUN Bukit Chandan, Mohamad Khairul Amir Sabri pada sidang akhbar di di Ipoh, Perak. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Pulai, Wong Chai Yi disahkan positif Covid-19.

Jurucakap Bilik Gerakan Utama PKR Perak, Lee Boon Chye berkata, calon itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang simptom dan mula menjalani kuarantin kendiri hari ini mengikut garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan. 

“Jika tiada gejala, kuarantinnya selama lima hari,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Chai Yi menjadi calon PH kedua dijangkiti Covid-19 selepas Tan Kar Hing iaitu calon Parlimen Gopeng, disahkan positif wabak tersebut kelmarin.

Mengulas perkembangan kesihatan calon Parlimen Gopeng itu, Boon Chye berkata, Kar Hing hanya mengalami gejala demam pada hari pertama dan kedua dijangkiti Covid-19 dan kini berada dalam keadaan sihat.

“Dia sihat walaupun pada hari pertama dan kedua mengalami demam,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Boon Chye memohon agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia melonggarkan arahan agar setiap calon yang mahu berkempen secara walkabout tidak perlu memohon permit aktiviti tersebut. 

“Ini menyukarkan pergerakan calon kerana terpaksa memohon permit dengan pihak berkuasa pada setiap pagi sebelum menjalani aktiviti yang dirancang pada malam sebelumnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya