Calon pengganti Ustaz Kazim bawa semangat jentera BN di Larut

Calon pengganti Ustaz Kazim bawa semangat jentera BN di Larut

MOHD. Syafiq Fhadly Mahmud ditemui pemberita pada majlis pengumuman calon PRU-15 Barisan Nasional Perak di Ipoh, Perak, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Larut, Mohd. Syafiq Fhadly Mahmud tidak gentar berdepan dengan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mohd. Syafiq Fhadly, 37, berkata, walaupun dianggap sebagai calon ‘underdog’, ia sama sekali tidak mencalarkan semangatnya, malah yakin mampu memberi saingan di kerusi berkenaan.

“Saya telah bersedia berdepan tidak kira siapa pun di Larut kerana yang pasti kita membawa semangat dan roh perjuangan UMNO serta BN.

“Saya juga membawa semangat jentera BN di Larut. Kita dapat lihat bagaimana jentera bekerja keras, (gerak kerja) mereka bukan hanya pada PRU-15 tetapi telah lama sejak kalah pada 2018 (PRU-14),” katanya ketika ditemui selepas pengumuman calon PRU-15 BN Perak oleh Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad di Hotel Casuarina@Meru di sini. hari ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut itu berkata, kehadirannya di kerusi Parlimen itu juga bagi membuktikan bahawa rakyat di kawasan berkenaan masih bersama BN.

“Pada saya, apa yang BN pertaruh bukan sekadar diri saya tetapi maruah UMNO dan BN. Pada PRU-14, rakyat beri mandat kepada BN tetapi malangnya rakyat di Larut dikhianati. Ini masa untuk kita buktikan semula bahawa rakyat Larut masih lagi bersama BN dan Insya-Allah, saya yakin dan percaya rakyat akan tentukan pada 19 November ini (hari pengundian),” katanya.

Terdahulu, Mohd. Syafiq Fhadly yang juga jurutera petroleum membuat kejutan apabila diumumkan bertanding di kerusi Parlimen Larut menggantikan Datuk Mohd. Kazim Elias.

Pendakwah bebas yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim itu menarik diri pagi ini daripada bertanding mewakili BN di Parlimen berkenaan.

Mengulas perkara itu, Mohd. Syafiq Fhadly berkata, beliau dimaklumkan menerusi panggilan telefon pada pukul 7 pagi ini.

“Pada awalnya, saya diletakkan sebagai calon di DUN Kubu gajah tetapi pagi ini dimaklumkan yang Ustaz Kazim tarik diri dan saya dipindahkan ke kerusi Parlimen,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya