Calon BN Padang Serai akur pengundian ditangguhkan - Utusan Malaysia

Calon BN Padang Serai akur pengundian ditangguhkan

KEADAAN di hadapan Sekolah Kebangsaan Taman Selasih yang lenggang selepas tiada pengundian dijalankan hari ini berikutan pengundian bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan di Kulim. -UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Serai, Datuk C. Sivaraj akur dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pilihan raya kawasan itu ke tarikh 7 Disember ini.

Sivaraj berkata, beliau sentiasa patuh kepada undang-undang dan peraturan SPR serta berpegang kepada sistem demokrasi yang adil dan tarikh baru seperti diumumkan suruhanjaya itu akan dipatuhi sebaiknya.

Katanya, beliau juga memohon kepada jentera-jentera BN di kawasan Parlimen Padang Serai supaya meneruskan semangat perjuangan sehingga ke saat yang terakhir.

“Saya memohon kepada warga Padang Serai agar membuat pilihan yang bijak pada pilihan raya nanti. Saya harap kita dapat membawa perubahan besar sekali gus memeriahkan Padang Serai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, SPR memutuskan proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai tidak akan diadakan hari ini dan dijadualkan semula pada 7 Disember ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Khas suruhanjaya itu selepas menerima Writ Pilihan Raya yang dikembalikan Pegawai Pengurus berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH), mendiang M. Karupaiya pada 16 November lalu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya