Calon BN 'kerusi terhangat' Parlimen Tambun selesai mengundi - Utusan Malaysia

Calon BN ‘kerusi terhangat’ Parlimen Tambun selesai mengundi

AMINUDDIN Md Hanafiah dan Rosnizan Abdul Aziz selesai mengundi di SK Tanah Hitam, Chemor di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Calon kerusi Parlimen Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah selesai mengundi di Pusat Pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Hitam, Chemor pada pukul 9.15 pagi tadi.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) di kerusi ‘terhangat’ pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tiba di pusat pengundian itu pada pukul 9.05 pagi ditemani isteri, Datin Rosnizan Abdul Aziz.

Aminuddin yang berpakaian baju batik berwarna biru beratur dan menunggu gilian di Saluran 4 Pusat Pembuangan Undi sambil beramah mesra dengan orang ramai.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri meninjau proses pengundian di pusat mengundi di SK Tanah Hitam Chemor pada pukul 9 pagi.

Parlimen Tambun menyaksikan pertembungan empat penjuru termasuk Aminuddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Pakatan Harapan (PH).

Dua lagi calon lain ialah daripada Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan calon Pejuang, Abdul Rahim Tahir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya