Calon bersih bina gelombang sokongan luar biasa di Kelantan - Utusan Malaysia

Calon bersih bina gelombang sokongan luar biasa di Kelantan

SEBAGIAN daripada penyokong Pas yang meraikan kejayaan semasa pengumuman kemenangan kerusi Parlimen di Pejabat Pas negeri, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Reputasi calon bersih daripada sebarang salah laku rasuah menjadi faktor penyumbang kepada kemenangan besar rakyat kepada Pas sehingga berjaya menyapu bersih 14 kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semalam.

Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohamad Kamal Mohamed berkata, semua saluran termasuk anak muda sama ada pengundi dalam negeri atau perantau telah membentuk gelombang besar untuk memberikan kemenangan mutlak sekali gus menyumbang kerusi untuk Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan di peringkat pusat.

“Bila calon bersih ditampilkan yang tidak pernah terpalit dengan sebarang kes rasuah atau salah guna kuasa ia menambahkan lagi kepercayaan untuk rakyat memberikan sokongan.

“Pada masa sama, tabik hormat saya kepada semua petugas dan jentera parti. Tidak mampu dinafikan kesedaran rakyat Kelantan terhadap usaha pembentukan negara yang bersih dan stabil. Tahniah,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya hari ini.

Mohamad Kamal memberitahu, pemuda Pas berharap agar momentum sokongan rakyat kepada PN akan dipanjangkan sehingga ke Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Gelombang sokongan ‘luar biasa’ dibawa pengundi muda menjadikan bulan lebih terang di negeri ini apabila menyapu bersih semua 14 kerusi Parlimen pada PRU15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya