Calon Bebas yakin cipta kejutan di Tanjong Karang

Calon Bebas yakin cipta kejutan di Tanjong Karang

MOHD. Rosni Mastol optimis mampu mencipta kejutan menang Parlimen Tanjong Karang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Mohd. Rosni Mastol optimis mampu mencipta kejutan dengan menjadi calon Bebas pertama memenangi kerusi Parlimen Tanjong Karang yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Keyakinan itu bersandarkan faktor satu-satunya calon anak tempatan yang sudah dikenali penduduk setempat.

Mohd. Rosni, 59, berkata, beliau sudah menemui hampir keseluruhan kawasan dan pengundi sepanjang 10 hari berkempen.

“Saya bukannya calon luar dan menjadi anak jati sejak azali dengan memahami sepenuhnya masalah rakyat.

“Berbaki tiga hari tempoh kempen, sambutan diterima amat positif dan saya yakin dipilih menjadi ahli Parlimen nanti,” katanya ketika ditemui di Kampung Bagan Tengkorak, Tanjong Karang di sini, hari ini.

Jelas pesara kerajaan itu, beliau mahu memfokuskan kepada pembangunan pertanian utama kontan dan nelayan tempatan.

“Selain itu, capaian jalur lebar atau internet dan isyarat telefon perlu diperkasakan terutama di kawasan kampung.

“Saya juga mahu prasarana, kilang dan agro pelancongan disediakan bagi memberi peluang pekerjaan kepada rakyat supaya kekal membangunkan Tanjong Karang,” ujarnya.

Tambah Mohd. Rosni, beliau bagaimanapun menghargai jasa bekas Ahli Parlimen, Tan Sri Noh Omar dan bertekad memberi khidmat sebaik mungkin sekiranya diberi mandat kelak.

Kerusi P095 yang menjadi benteng akhir BN di Selangor itu menyaksikan pertembungan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd. Yusof dicabar Datuk Dr. Zulkapferi Hanaf dari Perikatan Nasional (PN) dan Siti Rahayu Baharin yang mewakili Pakatan Harapan (PH) serta turut ditandingi Azlan Sani Zawawi atau dikenali sebagai Lando dari Gerakan Tanah Air (GTA).

Noh yang juga Pengerusi BN Selangor berjaya mempertahankan kemenangan kerusi itu sejak 1995 melalui PRU9 hingga PRU14. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya