KINABATANGAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin selesai mengundi pada pukul 12.40 tengah hari tadi.
Bung Moktar menunaikan kewajipan mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Garam.
Sementara itu, isterinya, Datin Seri Nor Asmidah Alimudin mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Kinabatangan.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) seramai 44,773 pengundi berdaftar direkodkan di Parlimen Kinabatangan.
Bung Moktar yang juga, Timbalan Ketua Menteri Sabah berhadapan persaingan satu lawan satu menentang calon dari Parti Warisan (Warisan) Mazliwati Abdul Malek.
Beliau memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan sejak 1999 tanpa tewas dan pada PRU-14, beliau sekali lagi mempertahankan kerusi Parlimen itu dengan memperoleh majoriti sebanyak 9,478 undi. –UTUSAN