Bukan satu misi mustahil - Megat Zulkarnain

Bukan satu misi mustahil – Megat Zulkarnain

MEGAT Zulkarnain Omardin bertemu penyokong BN pada penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bagi Parlimen Gombak di Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu Gombak di sini semalam -UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pencabar kerusi Parlimen Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN) yakin misi menakluk semula kawasan panas itu bukan sesuatu yang mustahil.

Ketua UMNO Bahagian Gombak itu juga percaya 70 peratus pengundi sudah membuat keputusan memilih parti mana yang bakal memenangi kawasan panas tersebut.

Namun jelasnya, bagaimana setiap calon melaksana tanggungjawab dan kempen itu bakal menentukan keputusan pengundiannya kelak.

“Ini bukan satu perjalanan mudah. Saya juga tak mahu terlalu yakin. Tetapi saya tegaskan, ini bukan satu misi mustahil. BN pernah menakluk Gombak dan tidak mustahil, akan kembali ke sini.

“Saya bersaing dengan mereka yang punya kekuatan dari segi agensi dan kewangan. Banyak juga peruntukan yang tiba-tiba turun di Gombak sehari dua ini.

“Rakyat boleh menilai, sesuatu yang di saat akhir diberi tumpuan. Adakah itu satu kerja di saat akhir atau berjadual?” jelasnya.

Megat bakal berentap dengan penyandang tiga penggal, Datuk Seri Azmin Ali (PN) selain dicabar Datuk Seri Amirudin Shari, calon GTA, Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir dan seorang calon Bebas, Zulkifli Ahmad. 

Dalam pada itu, anak jati Gombak ini juga menambah, PRU14 bukan satu kayu pengukur yang boleh mencerminkan sokongan pengundi terhadap mana-mana calon.

‘Sekarang pengundi sudah bijak, mereka mahu melihat wakil rakyat yang boleh buat kerja. Kalau kita analisis keputusan PRU14 pun, BN berjaya meraih lebih 50,000 undi. 

“Sebab itu saya percaya, misi menakluk semula Gombak bukan satu kerja mustahil. Pengundi melihat apa yang kita mampu dan akan tawarkan kepada mereka,” katanya.

Kerusi Parlimen Gombak disandang Azmin yang menang dengan majoriti 48,721 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahim Kamarudin dan PAS, IR. Khairil Nizam dalam PRU-14. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya