Pemimpin Sabah, Sarawak layak jadi Perdana Menteri

Bukan hanya KJ, pemimpin Sabah, Sarawak layak jadi Perdana Menteri

MOHD. Azis Jamman semasa sesi ramah mesra dengan masyarakat Sepanggar di Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bukan hanya Khairy Jamaluddin seorang sahaja layak diangkat sebagai Perdana Menteri tetapi juga, pemimpin Sabah dan Sarawak.

Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan), Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, pemimpin Sabah dan Sarawak juga mempunyai kredibiliti untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Calon Parlimen Sepanggar itu berkata, jangan perlekeh kemampuan pemimpin di kedua-dua negeri kerana sokongan Sabah dan Sarawak amat diperlukan bagi membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.

“Kalau di Sungai Buloh ada KJ, di Sepanggar ada DAJ (Datuk Mohd Azis Jamman.. Apa dia orang ingat kita di Sabah dan Sarawak tidak layak….jangan perkecilkan kami di Borneo ini.

“Ayuh semua rakyat Sabah dan Sarawak kita buktikan dalam PRU-15, kedua-dua negeri memastikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat dilaksanakan segera,” katanya semasa program ramah mesra di Kampung Minintod Inanam semalam.

Mohd. Azis berkata, Sabah tidak memerlukan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang tidak bersifat kekal seperti diumumkan dalam manifesto UMNO/Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH).

“Jika Sabah dan Sarawak jadi Perdana Menteri sudah tentu MA63 akan dilaksanakan serta berjalan serta merta. Kita tidak lagi payah menunggu lama,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya