'Budak Pantai Melawi’ garis 5 fokus pertahan Bachok

‘Budak Pantai Melawi’ garis 5 fokus pertahan Bachok

MOHD. Syahir Sulaiman (kanan) bersama komuniti Siam di Kampung Balai, Bachok, Kelantan.- UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Calon Parlimen Perikatan Nasional (PN) Bachok dari Pas, Mohd. Syahir Sulaiman atau dikenali dengan gelaran Budak Pantai Melawi menggariskan lima fokus utama dalam usaha mempertahankan kerusi itu daripada terlucut ke tangan parti lain pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mohd. Syahir yang merupakan calon baharu ditonjolkan Pas berkata, lima fokus utama itu ialah program kecemerlangan akademik anak muda, pembangunan usahawan belia, meningkatkan kemajuan agro-pelancongan berasaskan aset keindahan pantai, keberhasilan pertanian dan perikanan dengan industri hiliran yang produktif akan direalisasikan.

Menurutnya, pada masa sama, kesedaran terhadap agama dijadikan sebagai teras utama dalam membentuk sahsiah diri remaja lebih baik pada masa hadapan dengan memperkasakan program pengajian Islam.

“Manifesto di Bachok lebih berpaksikan keperluan rakyat setempat. Apa yang rakyat perlukan, itulah yang wajar diberi keutamaan selain memastikan bandar pelancongan Islam ini berdaya maju dan membangun.

“Pada masa sama, besar hasrat saya supaya manfaatnya dapat dinikmati seluruh rakyat di kawasan Parlimen Bachok,” katanya pada program ziarah masyarakat Siam di rumah penghulu Eh Din Eh Uwi, di sini semalam.

Mohd. Syahir memberitahu, selaku muka baharu, dia cukup beruntung apabila mendapat ‘restu’ daripada Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz yang tampil menjayakan kerja-kerja berkempen.

Katanya, menguatkan lagi semangat sokongan daripada pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat keturunan Siam di Kampung Balai, di sini menambahkan keyakinan untuk terus bekerja keras bagi memastikan Bachok menjadi penyumbang kepada pembentukan kerajaan PN di peringkat Persekutuan.

“Nik Abduh turun padang bersama saya menemui rakyat di beberapa kawasan menjadi suntikan semangat yang membuktikan tidak wujud ‘rakit’ dalam memastikan Parlimen ini terus dipegang oleh Pas.

“Bagaikan tumpang tuahnya (Nik Abduh) yang banyak membantu sehingga saya dikenali sebagai budak Pantai Melawi yang mewakili Pas untuk PRU15 kali ini,” ujarnya.

PRU15 kali ini Mohd. Syahir bakal ditentang Datuk Mohd. Zain Yasim (Barisan Nasional), Nor Azmiza Mamat (Pakatan Harapan), Kamarul Azam Osman (Gabungan Tanah Air) dan Mohd. Zulkifli Zakaria (Bebas).

PRU14 Nik Abduh (Pas) mendapat 36,188 undian dengan majoriti 3,292 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Awang Adek Hussin (32,896) dan Calon Pakatan Harapan (PH), Mohd. Zulkifli Zakaria yang mendapat sebanyak 4,880 undian. – UTUSAN

 

091122-Klt-Pertahan Bachok

 

MOHD. Syahir Sulaiman (kanan) bersama komuniti Siam di Kampung Balai, Bachok, Kelantan semalam.UTUSAN/TOREK SULONG

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya