BN tewas semua kerusi Parlimen Melaka

BN tewas semua kerusi Parlimen Melaka

pru15
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Barisan Nasional (BN) tewas semua kerusi Parlimen di Melaka termasuk kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) iaitu Jasin dan Masjid Tanah.

Di Parlimen Masjid Tanah, calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berjaya mempertahankan kerusi dimenanginya selama dua penggal dengan majoriti besar 4,411 undi.

Calon BN, Abdul Hakim Abdul Wahid terpaksa mengakui kekalahannya selepas hanya mendapat 21,193 undi.

Momentum kemenangan Pakatan Harapan (PH) pula diteruskan di dua kubu kuat mereka iaitu Parlimen Kota Melaka dan Hang Tuah Jaya.

Calon PH Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menang dengan majoriti besar 46,420 undi jauh meninggalkan lawan daripada BN, Kon Qi Yao.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd. Halim berjaya mempertahankan kerusi ditinggalkan penyandang, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin dengan majoriti 8,638 undi.

Di Parlimen Alor Gajah, calon PH, Adly Zahari berjaya merampas kerusi berkenaan dengan majoriti tipis 890 undi.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu memperoleh 28,178 undi berbanding calon BN, Shahril Sufian Hamdan mendapat 27,288 undi manakala calon PN, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof sekadar memperoleh 17,211 undi.

PN pula mencipta kejutan apabila kedua-dua kerusi ditandingi Pas di Parlimen Jasin dan Tangga Batu berjaya dimenangi mereka.

Bakri Jamaluddin di Tangga Batu dan Zulkifli Ismail, Jasin menjadi wakil rakyat pertama Pas dari Melaka bakal mewakili parti itu di Dewan Rakyat dengan majoriti masing-masing 8,849 undi dan 322 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya