BN tetap lawan Pas di Kelantan

BN tetap lawan Pas di Kelantan

AHMAD Jazlan Yaakub (tiga dari kiri) menyantuni anggota Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Machang di Kemuning, Machang, Kelantan. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Barisan Nasional (BN) Kelantan menegaskan parti itu akan tetap berlawan seperti biasa dengan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagaimana sebelum ini.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob menegaskan, apa jua kenyataan yang dibuat berkait dengan pembentukan gabungan selepas PRU15 tidak akan mengubah keputusan BN untuk kekal berlawan dengan Pas.

“Saya tidak mahu komen, itu biarlah mereka (Pas) yang selesaikan sendiri urusan dalaman itu. Cerita selepas ini (selepas PRU), dalam politik tidak ada yang mustahil.

“Seribu satu perkara boleh berlaku tetapi yang jelasnya untuk 19 November ini, mereka (Pas) akan berhadapan BN,” katanya selepas diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mengatakan parti itu sedia membentuk gabungan bersama BN selepas PRU15 sebelum menafikan perkara tersebut.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Jazlan memberitahu, jentera pilihan raya BN di seluruh Kelantan kini berada dalam keadaan terbaik dalam melakukan pecutan terakhir sebelum tempoh berkempen PRU15 yang berbaki tiga hari lagi.

Katanya, semua calon BN diingatkan supaya memperkemaskan lagi gerakan jadual untuk bertemu dan menyantuni pengundi khususnya pengundi luar.

“Pengundi luar sudah mula balik ke kampung bermula hari ini dan program mesti ke arah itu untuk menyantuni pengundi pertama kali dan perantau yang sudah lama tidak bertemu.

“Selain itu, persediaan untuk hari mengundi adalah memastikan jentera yang ditugaskan untuk membawa keluar pengundi berada dalam keadaan baik,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya