PETALING JAYA : Kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) kelak akan memberikan dua peratus potongan cukai pendapatan bagi mereka mempunyai pendapatan dalam kelompok M40 dan termasuk dalam kumpulan pembayar cukai antara RM50,000 hingga RM100,000.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu sudah pasti akan membolehkan kuasa beli golongan M40 meningkat dan mengurangkan beban kewangan mereka.
Beliau berkata demikian dalam pengumuman Manifesto BN hari ini. – UTUSAN