BN sedia pinda Perlembagaan hak warganegara anak luar negara

BN sedia pinda Perlembagaan hak warganegara anak luar negara

BN sedia pinda Perlembagaan hak warganegara anak di luar negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) bersedia meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia berkahwin dengan warganegara asing.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hal ini kerana BN pada masa sama di atas nama keterangkuman juga tidak lagi mahu anak-anak dilahirkan melalui perkahwinan campur atau mereka berbeza identiti bangsa dan agama dinafikan hak untuk menjadikan Malaysia tanah air tercinta.

“Oleh itu, saya tegaskan di sini bahawa BN bersedia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warganegara asing.

“Ini kita lakukan atas kesedaran bahawa patriotisme dan nilai sayangkan negara itu hadir dari kerencaman dan keterangkuman,” katanya dalam pengumuman Manifesto BN hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya