BN-PH bentuk kerjasama bentuk kerajaan di Pahang?  - Utusan Malaysia

BN-PH bentuk kerjasama bentuk kerajaan di Pahang? 

BN, PH perlu bekerjasama jika mahu menang PRU16.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seperti di Perak, Pahang juga difahamkan bakal menyaksikan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan negeri.

Bagaimanapun sehingga kini, belum ada pengumuman rasmi oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung kerjasama tersebut. 

Sumber memaklumkan, memang ada perbincangan mewujudkan kerjasama antara BN dan PH di negeri ini.

Katanya, ia sedang diputuskan dan dijangka dimuktamadkan kelak.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), BN menang 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PH lapan kerusi dan Perikatan Nasional (PN) pula memiliki 17 kerusi DUN.

Selepas keputusan PRU15 Sabtu lalu, kerajaan Pahang ‘tergantung’ kerana tidak ada mana-mana gabungan parti memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

DUN Pahang mempunyai 42 kerusi dan satu lagi kerusi iaitu DUN Tioman tidak dipertandingkan selepas calon PN, Md. Yunus Ramli, 61, meninggal dunia pada awal pagi Sabtu lalu ketika menerima rawatan di Hospital Rompin, dipercayai akibat serangan jantung. 

Pengundian bagi kerusi DUN Tioman ditetapkan pada 7 Disember ini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PH Pahang bersetuju menjalin kerjasama dengan BN negeri bagi membentuk kerajaan negeri yang tergantung selepas PRU15.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya